Tuesday 23 April 2013

kehidupan baru....

Dah lama sebenarnya tak tulis blog nie, sekarang pejam celik....pejam celik rupa-rupanya dah tahun 2013. Aku pun dah kerja setahun rupanya...cepatnya masa berlalu, macam-macam benda yang jadi setahun nie. Sedar tak sedar banyak pengalaman semasa kerja yang aku belajar. Belajar mengenal kehidupan sebenarnya di negeri perantauan nie. Mengenal sikap manusia, mengenal kawan dan lawan, mengenal yang mana betul dan salah...haish jika difikirkan betul ke aku baru kerja setahun nie...macam dah bertahun-tahun pulak pengalaman bekerja nie..hehe...yang penting semua perkara...semua pengalaman...semua manis pahit yang aku lalui menyebabkan aku jadi semakin matang menguruskan kehidupan aku...(^_^).....kalau da yang stress-stress semasa melakukan kerja..kat sini ada beberapa tip yang boleh dikongsi bersama yang aku terbaca kat tenet semasa aku tengah stress gak..boleh la amalkan jika nak amalkan...:))



BAGAIMANA MENGURUS STRESS


(a) Belajar untuk berkata ‘tidak’- Ketahui batas anda. Samada berkaitan dengan peribadi ataupun kerjaya anda, elakkan daripada menerima tanggungjawab tambahan kerana mengambil lebih daripada kemampuan akan membuatkan anda lebih terekan.

(b) Elakkan individu yang memberi tekanan- Sekiranya seseorang itu secara berterusan menyebabkan tekanan dalam kehidupan anda dan anda tidak dapat mengelak daripadanya, maka hadkan masa yang anda luangkan bersamanya dan akhirilah hubungan anda dengannya.

(c) Kawal Persekitaran Anda- Sekiranya berita di televisyen petang itu membuatkan anda risau, tutupkan sahaja ia. Sekiranya kesesakan lalulintas memberikan tekanan kepada anda, bawalah bekalan makanan kegemaran anda bersama. Sekiranya anda tidak suka membeli belah dalam kesesakan, anda mempunyai pilihan untuk online shopping.

(d) Elakkan perbincangan panas – Sekiranya anda mudah naik marah terhadap isu berkaitan politik atau agama, hentikan sahaja perbincangan mengenainya. Sekiranya juga isu tersebut tercetus kembali bersama dengan orang yang sama, berhentilah daripada membincangkannya lagi dan mintalah diri.

(e) Kurangkan senarai tugas anda – Semak kembali jadual anda, tanggungjawab dan tugasan harian. Sekiranya anda mendapati ianya terlalu banyak, bezakan pula antara ‘harus’ ataupun ’mesti’. Letakkan tugas yang tidak berapa pentingitu ke tempat yang paling bawah ataupun padam terus secara keseluruhannya.



daripada yang ini ------->



Jadilah kepada yang di bawah nie yeeeee.....


senyuman yang manis mengembirakan hati dan orang disekeliling kita...




No comments:

Post a Comment